fbpx

4 PATI warga India dicekup lepas seberang Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat PATI warganegara India yang ditahan selepas menyeberangi Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand dekat Tanah Merah hari ini. FOTO IHSAN 2 DIVISYEN

TANAH MERAH – Empat orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara India termasuk seorang wanita dicekup selepas mereka menyeberang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di sini hari ini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, pasukan beroperasi menahan keempat-empat PATI itu kira-kira pukul 11.40 pagi tadi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, kesemua PATI yang ditahan merupakan warganegara India yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Siasatan mendapati, keempat-empat PATI berusia dalam lingkungan 25 hingga 39 tahun. Selain itu, tiga buah telefon bimbit, wang tunai pelbagai mata wang, empat buah beg galas dan tiga kad pengenalan warganegara India turut dirampas,” katanya.

Menurut kenyataan itu, keempat-empat PATI itu kemudiannya diserahkan kepada balai polis Bukit Bunga di sini untuk tindakan lanjut.

Katanya, 2 Divisyen akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan PATI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI