fbpx

Hentikan fitnah atau saya ambil tindakan – Fiza Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZA menafikan dirinya mempunyai hubungan romantis dengan Engku Emran seperti didakwa segelintir pihak.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Fiza Abdul Halim meminta orang ramai untuk berhenti daripada terus menabur fitnah terhadapnya yang dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Engku Emran.

Pada masa sama, Fiza atau nama lengkapnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim juga menafikan wajah dua gadis yang dikatakan bersama Engku Emran itu bukan anak-anaknya seperti yang ditebak netizen dalam media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, selebriti berusia 42 tahun itu dengan tegas menafikan gosip yang bertebaran sekali gus meminta orang ramai untuk berhenti mengaitkan namanya dengan lelaki itu.

“Tolong hentikan tular dan fitnah kamu semua! Saya tidak nampak mana serupanya muka anak saya dengan pihak yang kamu kaitkan itu. Jauh beza sama sekali.

“Sudah macam-macam cerita saya dengar kamu bercakap dan tulis tentang saya. Pada mulut netizen yang mula buat cerita ini, silalah merangkak di sana (akhirat) untuk minta maaf dengan saya,” katanya.

Tegas bekas anggota kumpulan Elite itu lagi, dia memohon orang ramai untuk tidak menyebarkan fitnah terhadapnya kerana perkara itu akan melibatkan hati banyak pihak yang perlu dijaga.

“Banyak hati nak kena jaga. Jangan sibuk jaga tepi kain orang dan fitnah orang bercinta tanpa usul periksa! Akhirnya diri sendiri yang malu.

“Seronok ke dapat kumpul semua dosa-dosa saya? Tak pasal-pasal semua pahala kamu, saya yang dapat. Terima kasih semua,” katanya.

Dalam hantaran berbeza, Fiza juga memberitahu, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus memfitnah dirinya dengan cerita yang tidak benar.

Kata Fiza, dia pelik bagaimana cerita sebegitu boleh timbul sehingga membabitkan orang lain yang juga akan terkesan dengan fitnah sebegitu.

“Jangan sampai saya ambil tindakan. Sebab sekarang ini sudah ada akta baharu. Jangan cakap saya tidak beritahu ya.

Headline (tajuk berita) yang berbaur fitnah juga akan diambil tindakan. Jangan main sedan sahaja jari menulis tentang qada dan qadar orang. Menulis seperti orang yang tiada perasaan.

“Saya malas nak bersuara, tapi kamu semua makin melampau. Semakin hari semakin menjadi-jadi!” tegasnya.

Menerusi perkongsian itu juga, Fiza memberitahu dia tidak marah, sebaliknya cuba menasihati orang ramai supaya tidak berkelakuan melampau sehingga memburukkan namanya.

“Saya tidak marah, cuma nasihat. Nanti bila dah sampai masa, kalau ‘nama’ naik, jangan cakap saya tidak beritahu. Saya sudah ingatkan awal-awal,” katanya.

Terdahulu, netizen mula berspekulasi mengaitkan Fiza sedang menjalinkan hubungan cinta bersama Engku. Semuanya gara-gara selepas lelaki itu memuat naik video bersama dua gadis yang dikatakan mirip seperti anaknya iaitu Ferra Aryana dan Feeya Adyrra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI