fbpx

Elisya Sandha tak ‘makan’ duit raya anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUKAN hanya ilmu masakan, Elisya bahkan belajar soal masa depan menerusi ibu mentuanya, Sheila Rusly.

BERGELAR ibu sememangnya memberi pengalaman baharu buat pelakon jelita, Elisya Sandha. Pada usia 24 tahun, Elisya tidak kisah mengorbankan waktu ‘berhibur’ bersama rakan-rakan sebaya apabila memutuskan kesediaan memikul tanggungjawab bergelar isteri, kemudian ibu buat si kecil, Bunga Elhaq yang bakal genap setahun bulan hadapan.

Mengakui tugas menguruskan anak sesuatu yang memenatkan, adik kepada aktres Fasha Sandha itu gembira menikmati hari-hari bersama yang tersayang. Dia bahkan tidak lagi kekok menguruskan Bunga.

Sementelah kata Elisya, Bunga amat disayangi, baik dalam keluarga sendiri mahupun mentua.

Rezeki bayi comel itu juga sangat murah, apabila selalu diberikan hadiah berupa wang daripada sesiapa walaupun bukan pada hari raya.

“Ini tahun pertama saya beraya sebagai seorang ibu. Alhamdulillah Bunga banyak kumpul duit raya. Jumlahnya biarlah rahsia.

“Cuma apa yang boleh saya cakap, rezeki Bunga memang sangat murah. Ada sahaja orang beri duit walaupun bukan ketika hari raya,” kata Elisya.

Tidak mahu wang anak hangus entah ke mana, Elisya mula memainkan peranan mengambil pendekatan bijak membuat tabungan simpanan awal buat Bunga.

Kata Elisya, dia menyediakan tabungan bagi menjamin masa depan Bunga.

ELISYA SANDHA mengambil ilmu menabung untuk anak daripada ibu mentuanya.

“Duit yang Bunga dapat, semua saya masukkan dalam tabung simpanan untuk masa depan.

“Saya belajar buat simpanan ini pun daripada ibu mentua, iaitu mama Sheila Rusly. Bila anak-anaknya dah besar, ada sahaja hadiah yang diberikan.

“Kadang-kadang beri wang sampai RM100,000. Rupa-rupanya itu duit simpanan yang dibuat sejak anak-anaknya masih kecil,” jelas Elisya yang mendedahkan simpanan Bunga kini hampir mencecah RM20,000.

Berkongsi perkembangan cahaya mata kesayangannya, Elisya berkata, Bunga sudah boleh merangkak dan duduk dengan sendiri.

“Tak lama lagi boleh berjalan. Saya rasa sekejap sangat masa berlalu, tahu-tahu anak dah besar,” katanya sambil ketawa.

Sejak mempunyai anak, Elisya baru sedar tentang pengorbanan dan tanggungjawab yang dicurahkan wanita bergelar ibu.

“Bila saya sendiri sudah punya anak, barulah saya nampak pengorbanan seorang ibu itu memang cukup besar. Tidak cukup tidur, kadang-kadang nak makan pun tak sempat.

“Pengorbanan itulah yang membuatkan saya belajar bahawa kita patut hargai ibu kita,” katanya.

Menyentuh tentang perancangan keluarga, pelakon yang pernah membintangi drama Puteri Yang Ditukar itu tidak merancang untuk menambah bilangan cahaya mata dalam masa terdekat demi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap Bunga.

“Soal menambah bilangan cahaya mata, saya rasa bukan dalam masa terdekat. Lagi pun Bunga masih kecil.

“Saya dan suami juga merancang untuk ada lebih daripada seorang anak, tapi bukanlah sekarang. insya-Allah doakan kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI