fbpx

580 suspek ditahan terbabit judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Johor telah menahan seramai 580 suspek berkaitan kesalahan judi atas talian di Johor sejak 1 Januari hingga semalam.

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan seramai 580 orang dipercayai terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian di seluruh negeri sejak 1 Januari hingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan itu dibuat menerusi 554 serbuan yang dijalankan di seluruh Johor dalam tempoh berkenaan.

Menurut beliau, mereka yang ditahan terdiri daripada 562 penjaga premis dan 18 pemain. Kesemua mereka berusia 17 hingga 60 tahun.

“Selain itu, tindakan pemotongan bekalan elektrik dibuat terhadap 44 premis, manakala pembatalan lesen ke atas lapan premis turut dilakukan.

“Antara yang dirampas termasuklah 606 buah telefon bimbit pelbagai jenama, tujuh buah tablet, enam buah komputer riba dan wang tunai RM190,890,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 41(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun.

“Tangkapan suspek melibatkan judi online di negeri ini sepanjang tahun lalu adalah seramai 1,080 orang, manakala pemotongan bekalan elektrik melibatkan 71 premis dan pembatalan lesen enam premis,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI