fbpx

[KEMASKINI] Wanita direman 4 hari, muat naik video hasutan terhadap Sultan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga tempatan direman selama empat hari selepas ditahan di Klang, Selangor semalam susulan tindakannya yang memuat naik video berunsur hasutan terhadap Sultan Perak pada 1 Mei lalu.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga Selasa.

Terdahulu Kosmo! melaporkan wanita berusia 34 tahun itu memuat naik video tersebut menerusi akaun TikTok @ijaheartfarizahwhitenew serta ditahan di sebuah kawasan tempat letak kereta.

“Dalam masa sama, polis turut merampas telefon bimbit jenama Vivo Y154 dan dua keping kad sim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, berikutan itu, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibuat pada hari ini,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Noorsiah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang awam tidak menyalahguna media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI