fbpx

The Reds tidak mahu berangan-angan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMEd SALAH berjaya menyempurkan sepakan penalti ketika Liverpool menewaskan Fulham 1-0 pada aksi EPL di Stadium Anfield awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp enggan meletakkan harapan terlalu tinggi bagi menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dalam kelompok empat pasukan teratas.

The Reds semakin merapatkan kedudukan dengan kelompok empat teratas selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Fulham di Anfield awal pagi ­semalam menerusi jaringan tunggal dilakukan Mohamed Salah.

Walaupun sudah menghampiri empat teratas liga, namun Klopp percaya ia bukan tugas mudah memandangkan pasu­kan-pasukan di atas beraksi kurang satu atau dua perlawanan berbanding The Reds.

“Saya tidak rasa kami berpeluang untuk tamatkan saingan musim ini dalam kelompok empat pasukan teratas, namun kemungkinan itu tetap ada. Jika Newcastle United dan Manchester United menang baki perlawanan, kami tidak ada peluang langsung.

“Selain itu, jika Brighton memenangi baki perlawanan, mereka akan memintas kedudukan kami sekarang. Fokus saya sekarang adalah untuk cuba memenangi semua baki perlawanan musim ini,” katanya.

Mengulas aksi menentang Fulham, jurulatih dari Jerman itu berpuas hati dengan prestasi pemain-pemainnya meskipun perlu mengharapkan sepakan penalti bagi memastikan tiga mata menjadi milik mereka.

“Satu perlawanan yang baik kerana kami menentang sebuah pasukan sukar.

“Sudah tentu kami mahu mengawal permainan tetapi tidak semua yang dirancang menjadi. Jadi saya puas hati dengan tiga mata ini,” ujar Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI