fbpx

Terima kasih atas khidmat Wan Nurzila – PMO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Media dan Komunikasi Strategik, Datuk Wan Nurzila Wan Abd. Rahman sepanjang tempoh perkhidmatannya di pejabat berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah menerusi satu notis pemakluman kepada pihak media, hari ini.

“Bahagian Media dan Komunikasi Strategik akan terus komited memastikan agenda Malaysia Madani dan penyampaian maklumat berkaitan segala usaha dan inisiatif Kerajaan Perpaduan terus diperkasa,” katanya, di sini.

Terdahulu, sebuah portal tempatan melaporkan Wan Nurzila dikatakan telah ditamatkan perkhidmatan, kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI