RANTAU PANJANG – Air Sungai Golok yang cetek ekoran cuaca kemarau menyukarkan kebanyakan tekong darat membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penyeludup untuk menjalankan tugas mereka sejak akhir-akhir ini. Meskipun paras air Sungai Golok menurun daripada dua meter kepada 0.5 meter sejak seminggu lalu, mereka sukar untuk melakukan kerja apabila kawasan sempadan turut dikawal ketat pihak berkuasa. Seorang penyeludup yang mahu dikenali Dollah, 40, berkata, paras air sungai yang agak susut ketika ini seolah-olah tiada sempadan antara Malaysia-Thailand……














