PETALING JAYA – Usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat dilihat semakin aktif membuat persembahan tarian dan hiburan bagi memenuhi undangan yang diterimanya di Australia.
Sajat menerusi perkongsian video di TikTok miliknya baru-baru ini memaklumkan, dia melakukan persembahan tersebut hanya sebagai hobi dan berasa puas apabila berjaya menghiburkan orang ramai yang hadir.
“Ini adalah hobi, orang invite (jemput) kita perfome (melakukan persembahan), kita buat. Kita di negara orang kena buat kawan, cari kawan baru,” katanya.
Dalam pada itu, perkongsian Sajat tersebut dilihat menerima pelbagai reaksi orang ramai termasuklah kecaman selain ada yang mendoakan usahawan kosmetik itu agar kembali berubah kepada fitrahnya. – KOSMO! ONLINE