fbpx

Puteri Sarah ketawa gaya duduk cangkung disamakan madunya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN dan gaya Puteri Sarah diusik netizen apabila dikatakan sama seperti madunya, Ira Kazar.

PETALING JAYA – Isteri pertama sutradara Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah hanya mampu ketawa apabila dikatakan meniru fesyen atau gaya penampilan madunya, Ira Kazar.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia tidak meniru gaya dan penampilan sesiapapun kerana lebih selesa menjadi diri sendiri.

“Saya memang selalu pakai selendang dan dipadankan dengan topi.

“Hannah Delisha pun selalu ‘style’ begini. Kenapa anda (netizen) yang macam tersakit sangat,” katanya menjawab tuduhan tidak berasas beberapa orang netizen dalam ruangan komen.

Terdahulu, pelakon drama rantaian Andai Itu Takdirnya memuat naik sekeping gambar dirinya beraksi sedang mencangkung dengan busana berona merah jampuyang  dipadankan dengan selendang serta bertopi.

Sebilangan netizen menyamakan fesyen yang digayakan tersebut dengan madunya, Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin yang pernah berkongsi foto dengan gaya lebih kurang serupa sebelum ini.

“Style duduk macam madu you lah,” coret seorang pengguna Instagram menerusi ruangan komen foto yang dimuat naik Sarah.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Mahkamah Rendah Syariah dikejutkan apabila Syamsul, 39, tidak jadi menceraikan Sarah disebabkan beberapa isu yang tidak dipersetujui kedua-dua pihak.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI