fbpx

Mahkamah: Pengurus syarikat wanita alih data sulit didenda RM21,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus syarikat didenda RM21,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengalihkan data sulit milik sebuah syarikat yang membekalkan penstriman kandungan televisyen tanpa kebenaran antara 2016 hingga 2020.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman denda itu ke atas Teo Kia Lim ,45, selepas wanita itu mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Bagi setiap pertuduhan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM7,000.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, wanita itu didakwa telah melakukan capaian tanpa kuasa terhadap data sulit milik sebuah syarikat dengan menyalin atau mengalihkan data tersebut kepada email persendirian tertuduh untuk mendapatkan data itu tanpa kebenaran daripada pemilik syarikat itu.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Liku, Bangsar di sini antara pukul 10.21 pagi hingga 4.41 petang pada 29 Disember 2016 hingga 26 Ogos 2020.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 3 (1)(b) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman setimpal supaya memberikan pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama.

“Kesalahan tertuduh dalam kes ini melibatkan data sulit milik sebuah syarikat dan tertuduh semasa melakukan kesalahan itu masih bekerja dengan syarikat itu,” katanya.

Sementara itu, peguam Segaren yang mewakili Kia Lim memohon hukuman denda minima dengan alasan anak guamnya merupakan ibu tunggal selain memberi kerjasama baik sepanjang siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI