fbpx

Bawa usul ke Parlimen jika cukup SD jadi PM – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Pengerusi PBSMM, Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah melawat galeri gambar PBSMM di ibu negara, hari ini. Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan pihak yang mendakwa telah memiliki cukup Surat Akuan (SD) untuk mengambil mengambil alih jawatan Perdana Menteri membawa usul pada sidang Parlimen akan datang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun menegaskan beliau amat yakin Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

“Tidak mengapa. Kalau dia ada (SD), tunggu masa Parlimen bawalah usul di Parlimen. Tiada masalah. Ini setiap minggu jadi macam mengigau mingguan.

“Sebelum puasa, sebelum raya (Aidilfitri), selepas raya, sebelum raya Haji, sebelum Thaipusam, Tahun Baharu Cina. Tunggulah sebelum.

“Tapi Insya-Allah Kerajaan Perpaduan kekal penuh sehingga PRU akan datang. Saya amat yakin,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-75 dan Perasmian Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas desas-desus Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin telah memiliki cukup SD untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Terdahulu, Anwar semasa berucap pada majlis tersebut mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada Bulan Sabit Merah Malaysia.

Sebanyak RM1 juta diberi oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, manakala RM 1 juta oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“RM1 juta lagi saya tambah untuk pengurusan ibu pejabat dan negeri (Bulan Sabit Merah Malaysia),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI