fbpx

Adam sedia terjemahkan kilauan emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM sedia menterjemahkan segala usaha keras latihan untuk menjelmakan kilauan emas pertama negara pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh bermula esok.

ATLET jujitsu negara, Adam Aksyah enggan tertekan selepas diletakkan sebagai sandaran untuk menyumbangkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini.

Meskipun menghantar jumlah atlet pa­ling sedikit dengan dua orang sahaja, ia tidak menghalang Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia, Datuk Mohd. Nasir Ali menyasarkan kilauan pingat bakal hadir pada acara sukan seni mempertahankan diri itu.

Difahamkan, harapan tersebut bakal digalas Adam yang bakal beraksi dalam acara Gi bawah 69 kilogram (kg) apabila acara sukan itu akan bermula esok di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Phnom Penh.

“Saya sudah memikirkan perkara ini (pingat emas) sejak sekian lama, saya berlatih de­ngan cukup intensif dan telah mengharungi pelbagai perkara termasuk dua kecederaan pada tahun lalu.

“Mengenai persiapan, saya merasakan saya sudah mencapai tahap yang berlainan sejak bulan lepas dan saya amat te­ruja untuk menterjemahkan semua itu ke dalam gelanggang nanti.

“Apa yang pasti, saya mengharapkan tuah untuk meraih pingat emas pada penyertaan ketiga temasya Sukan SEA sepanjang karier saya,” kata atlet berusia 22 tahun itu.

Adam yang bakal membuat penampilan ketiga di temasya sukan dwitahunan Asia Tenggara itu pernah meraih pingat gangsa untuk kategori sama pada edisi 2019 di Filipina.

Selain itu, semasa menyertai Sukan SEA Vietnam 2021 tahun lalu, Adam ditimpa kecederaan di bahagian buku lali pada perlawanan akhir sebelum akur de­ngan pingat perak apabila tewas kepada pencabar dari Singapura, Noah Lim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI