fbpx

Siapa ada urusan hutang dengan arwah, hubungi saya – Didie Alias

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Didie Alias memohon sesiapa yang mempunyai urusan hutang dengan bekas suaminya, Allahyarham Ridzuan Hashim supaya menghubungi dirinya.

PETALING JAYA – “Siapa yang ada (urusan) hutang dengan arwah boleh hubungi saya.”

Demikian luahan sayu bekas isteri pelakon Allahyarham Ridzuan Hashim memberi perkhabaran duka tentang kematian bekas suaminya itu tengah hari tadi.

Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd. @ Ali berkongsi muat naik sebuah video Ridzuan yang terkenal dengan gelaran ‘King’ itu, sebentar tadi.

“Nak bagi tahu kepada semua sahabat-sahabat, saudara-mara dan sahabat-handai yang mengenali bekas suami saya, Mohd. Ridzuan bin Hashim, beliau sudah kembali ke rahmatullah tadi.

“Kepada siapa yang ingin melawat jenazah, beliau masih ada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Saya akan ‘update’ di mana beliau akan dikembumikan. Ampunkan dan maafkan beliau,” katanya dalam penuh beremosi dalam video tersebut.

Terdahulu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergiaan mengejut Allahyarham Ridzuan Hashim yang menghembuskan nafas terakhir di HKL pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri kepada media sebentar tadi.

“Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu. Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian,” kata Kamarul Izham.

Allahyarham berkahwin dengan Didie Alias pada 1991 dan bercerai pada 2002, hasil perkongsian hidupnya dengan Didie, beliau mendapat 5 anak. – KOSMO! ONLINE – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI