fbpx

Pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIDZUAN HASHIM

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal Ridzuan Hashim dilaporkan meninggal dunia selepas dikatakan rebah di rumahnya di Bandar Tun Razak di sini, kira-kira pada pukul 12 tengah hari tadi.

Berita pemergian pelakon berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudaranya yang juga pelakon, Iman Zulkarnain menerusi kiriman WhatsApp kepada pihak media.

“Arwah sedang bersarapan sebelum tiba-tiba rebah di rumah kira-kira pada pukul 12 tengah hari. Anaknya yang berada di rumah terus membawa arwah yang telah kaku ke Hospital Kuala Lumpur, namun disahkan telah meninggal dunia,” ujarnya.

Kata Iman lagi, jenazah yang masih berada di HKL akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor. Bagaimanapun, waktu dan masa pengebumian masih belum dapat dipastikan lagi.

Sementara itu, pelakon Didie Alias yang juga bekas isteri Allahyarham Ridzuan turut berkongsi berita sedih itu dalam Instagram miliknya. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI