fbpx

Pelajar baharu UPSI wajib ikuti perkhemahan empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahasiswa UPSI perlu menjalankan CSR di sekolah-sekolah sekitar Tanjung Malim.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan melaksanakan Program Bina Insan Bitara untuk semua pelajar baharu semester satu bagi memperkasakan sahsiah mereka.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata, kesemua pelajar baharu tersebut diwajibkan untuk menyertai perkhemahan selama empat hari tiga malam tersebut.

Beliau berkata, antara kandungan program tersebut termasuklah membaca Rukun Negara pada setiap pagi, kawad kaki, memasak sendiri, serta bekerjasama dalam pasukan.

“Intipati pendidikan keinsanan yang paling penting ialah untuk pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila mereka perlu memilih lokasi untuk melaksanakannya.

“Ia perlulah dilaksanakan di kawasan sekitar Tanjung Malim seperti di masjid, balai polis, balai bomba, sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Norkhalid berkata, pelaksanaan aplikasi pendidikan keinsanan pula melibatkan program Empower NCER@ Akademik yang UPSI laksanakan di Perak.

Beliau berkata, setakat ini, program itu dilaksanakan di semua daerah di Perak yang melibatkan hampir 5,550 pelajar sekolah menengah Tingkatan 5 hampir dan pelajar sekolah Orang Asli Tahun 6 seramai 1,700 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI