fbpx

Hampir tak jadi kahwin, kadi lupa datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan majlis perkahwinan berkenaan menerusi video dimuat naik di media sosial.

PETALING JAYA – Sebuah majlis perkahwinan bertukar kecoh apabila jurunikah yang ditempah tidak hadir ke sesi akad nikah yang berlangsung walaupun sudah diberi peringatan tiga hari sebelum majlis.

Menerusi perkongsian Norafatiha2 di akaun TikTok miliknya berkata, pada mulanya wakil daripada pihak perempuan telah pergi ke rumah jurunikah berkenaan untuk mengingatkannya, namun dia tiada di rumah.

“Pukul 1 tengah hari, pihak perempuan pergi rumah kadi untuk ingatkan majlis nikah petang asar.

“Tapi kadi tiada. Ingat pergi masjid awal untuk solat Jumaat,” katanya.

Tidak berputus asa, mereka kembali semula ke rumah jurunikah terbabit, namun dimaklumkan dia telah ke Kuantan.

“Lepas solat Jumaat, dalam pukul tiga petang pergi sekali lagi. Rupanya kadi dah ke Kuantan,” ujarnya.

Tambahnya, mereka bernasib baik kerana setelah menghubungi Pejabat Agama Daerah Raub mereka berjaya mendapatkan jurunikah baharu.

“Hubungi Pejabat Agama Daerah Raub untuk kadi lain. Nasiblah ada kadi berdekatan boleh datang walaupun kami terpaksa tunggu kadi nikahkan pasangan di tempat beliau dulu,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen rata-rata orang ramai berkongsi pengalaman serupa dengan Norafatiha.

“Aku nikah pukul 12 malam gara-gara tok kadi boleh lupa ada nikahkan orang hari itu. Naya,” kata Zuelempoyang.

“Masa saya nikah dulu, tok kadi dah uzur. Kena angkut pergi balik, kena papah duduk kerusi. Tapi tulah masih tak nak lepaskan jawatan,” ujar Mr. Grey.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 60,000 tontonan dan 1,820 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI