fbpx

Manchester United ucap Hari Jadi kepada Datin Wong Mew Choo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STATUS muat naik gambar dan ucapan disiarkan pada instagram rasmi Manchester United.

PETALING JAYA – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United turut berkongsi kegembiraan dengan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei apabila mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada isteri beliau, Datin Wong Mew Choo sebentar tadi.

Pada laman instagram rasmi kelab The Red Devils tersebut disiarkan ucapan,” Selamat Hari Jadi Datin Mew Choo! Terima kasih juga kepada Datuk @leechongweiofficial di atas sokongan anda! Kita kejar tempat ketiga tu!”.

Terdahulu, Chong Wei memuatkan status ucapan hari jadi kepada isterinya, Mew Choo yang jatuhnya pada 1 Mei dengan memaparkan gambar pasangan tersebut bersama tiga cahaya mata memakai jersi Manchester United pada instagram miliknya.

Sehingga 45 minit lepas, muat status tersebut telah mendapat 19,134 jumlah tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI