fbpx

Lebih banyak laluan kontra diwujudkan atasi kesesakan di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada sidang akhbar selepas Mesyuarat jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya di Putrajaya tadi. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Lebih banyak laluan kontra akan diwujudkan bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas di Lembah Klang terutama pada waktu puncak.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya (JKMKJR) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, JKMKJR akan meminta input berkaitan kesesakan jalan itu daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum laluan kontra baharu itu diputuskan.

Beliau berkata, PBT berkenaan diberi masa dua minggu untuk memberi input berkaitan sebelum di bawa pada mesyuarat jawatankuasa teknikal JKMKJR untuk diputuskan.

“Ketika ini, beberala laluan kontra diperkenalkan terutama bagi laluan Kajang – Cheras – Putrajaya,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu, hari ini.

Katanya, jawatankuasa juga meminta PBT seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memberi input bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas memandangkan kesesakan kerap berlaku di kawasan itu.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga mahu masalah kesesakan jalan yang berpunca daripada penutupan jalan dikurangkan dan diselesaikan dengan segera.

“Satu penyelarasan akan dilakukan segera terutama bagi laluan utama berdekatan kawasan pembinaan lebuh raya, bangunan atau lain-lain infrastruktur.

“Penutupan jalan ini hendaklah dikurangkan dan mesti dimaklumkan supaya ada kaedah penyuraian terhadap masalah lalu lintas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI