fbpx

Saya bukan pendendam, tidak anak tirikan negeri pembangkang – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyampaikan pidato pada Himpunan Madani di Dataran Stargate, Alor Setar, malam ini. Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau bukanlah seorang pendendam dan sanggup menganaktirikan negeri di bawah pimpinan pembangkang termasuk Kedah.

Kata Anwar, beliau akan menjelaskan perkara itu pada Rumah Terbuka Malaysia Madani yang berlangsung di sebuah hotel di sini, esok termasuk perancangan untuk Kedah.

“Esok nak terangkan apa kita nak buat (untuk Kedah) dan peruntukan untuk Kedah naik, Alhamdulillah. Tapi jangan salah undi pula.

“Jadi bila cakap Anwar ini telah menganaktirikan (Kedah), itu adalah fitnah,” katanya ketika menyampaikan pidato pada Himpunan Madani Kedah di Dataran Stargate, di sini malam ini.

Anwar pada masa sama berkata, beliau juga bukanlah pendendam apabila terdapat beberapa pemimpin yang didakwa di mahkamah atas sebarang kesalahan termasuk rasuah mahupun salah guna kuasa.

“Saya tahu bagaimana hidup di dalam lokap, saya tahu bagaimana seksanya Azizah (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan anak-anak pada masa itu.

“Apa erti jadi PM, bila zalim dan dendam dengan orang. Saya ada kuasa sebagai PM tetapi bukan untuk siasat kerana itu kerja polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Jatuh hukum pula kerja hakim, bukan kerja Anwar Ibrahim,” ujarnya.

Tambahnya, beliau dalam Jemaah Menteri juga tidak pernah mengarahkan supaya mana-mana individu itu disiasat atau ditahan.

“Saya kata siapa yang salah, tangkap dan dakwa. Kalau salah, masuk penjara tidak kiralah daripada PH, Keadilan, UMNO, Pas atau Bersatu,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI