fbpx

Penyamun larikan peti wang kedai diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua suspek yang merompak kedai itu.

KLANG – Polis memburu dua penjenayah bermotosikal yang tular menyamun dengan parang dan melarikan peti duit sebuah kedai di Jalan Raja Mokhtar, Kapar di sini, Rabu lalu.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika beberapa pekerja premis berkenaan mahu menutup operasi harian perniagaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati dua suspek menunggang motosikal jenis Modenas Dinamik.

“Suspek yang bersenjatakan sebilah parang kemudian memasuki kedai itu dan melarikan peti duit yang berada di kaunter bayaran.

“Selain wang berjumlah lebih RM2,000, telefon bimbit milik pekerja premis turut disamun penjenayah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mempergiatkan usaha mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Fazlan Rezza Mazlan di talian 011-10561017 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara (03-32912222) dan balai polis berdekatan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI