fbpx

Penduduk Kampung Durian Kasim teruskan tradisi Raya Enam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk bergotong-royong membersihan dan bertahlil di tanah perkuburan pada sambutan Raya Enam di Kampung Durian Kasim, Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seramai kira-kira 500 penduduk Kampung Durian Kasim, Ajil di sini meraikan sambutan Raya Enam hari ini setelah mereka selesai menunaikan puasa sunat selama enam hari berturut-turut di bulan Syawal.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Durian Kassim, Norasid Abu Bakar, 50, berkata, sambutan Raya Enam telah menjadi tradisi masyarakat kampung itu sejak lebih 50 tahun lalu.

“Sambutan Raya Enam biasanya lebih meriah berbanding 1 Syawal. Ia diraikan sebagai tanda kesyukuran selesai menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan bersama puasa sunat enam hari di bulan Syawal.

“Sambutan pada 8 Syawal setiap tahun dan Kampung Durian Kasim, Ajil antara perkampungan di Terengganu yang masih sepakat meneruskan tradisi ini,” katanya ketika di sini hari ini.

Norasid berkata, sambutan Raya Enam biasanya bermula dengan aktiviti gotong-royong membersihkan tanah perkuburan diikuti bacaan tahlil dan jamuan makan beramai-ramai.

Beliau berkata, secara tradisinya, penduduk kampung dalam kalangan kanak-kanak akan diberi duit raya sesudah selesai jamuan makan.

“Kami memberi pendedahan sambutan Raya Enam ini kepada penduduk kampung sejak mereka kecil lagi dengan harapan tradisi ini dikekalkan sampai bila-bila,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI