fbpx

Kereta rosak dihempap pokok akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah kereta yang dihempap pokok dalam kejadian ribut di Alor Setar pada petang ini.

ALOR SETAR – Kira-kira tiga buah kereta rosak akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut berdekatan Plaza Tol Alor Setar Utara dan Jalan Langgar, di sini pada petang ini.

Kejadian itu turut mengakibatkan bumbung beberapa gerai makan diterbangkan angin sehingga ke tengah jalan.

Tinjauan di lokasi mendapati banyak pokok tumbang dan dahan patah sepanjang Jalan Langgar selain kerosakan pada papan iklan.

Kerja-kerja mengalihkan bumbung dan pokok tumbang giat dijalankan anggota bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI