fbpx

Berkerjaya, ‘high maintenance’ punca lelaki takut dekati Nadia Brian?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADIA BRIAN

PETALING JAYA – Tiga tahun hidup solo, pelakon popular Nadia Brian tidak menolak kemungkinan persepsi wanita bekerjaya dan memiliki kuasa wang menjadi faktor menakutkan kaum lelaki untuk mendekati dirinya.

Jelas wanita berusia 31 tahun itu, profesionnya yang selalu sibuk komitmen karier lakonan dan perniagaan banyak mempengaruhi hubungannya untuk serius dengan mana-mana lelaki ketika ini.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi bagaimanapun berkata, perkara tersebut sepatutnya bukan penyebab untuk lelaki berasa takut memikat hatinya, sebaliknya menyuntik semangat mereka untuk berusaha kuat dan berasa bertuah kerana memiliki wanita berdikari serta mampu menjana pendapatan sendiri.

“Mungkin lelaki takut mendekati saya kerana lihat saya berkerjaya atau ‘high mantainance’. Pada mata mereka saya boleh buat segala perkara, tetapi tidak mengapa, saya bukan sejenis yang hanya berharap kepada lelaki sekiranya ada pasangan nanti.

“Mungkin itu persepsi mereka, jangan lah takut atau bagi alasan, sebaliknya berasa beruntung saya tidak akan menyusahkan sesiapa.

Ketika ditanya kriteria lelaki yang ingin dijadikan pasangan hidup, pelakon Ratu Kala Jengking itu menjawab calon suami haruslah mempunyai minat tentang perniagaan sama sepertinya selain memiliki sifat penyayang dan kelakar.

“Bercakap tentang ciri-ciri lelaki idaman, semestinya saya mahukan seseorang yang memahami saya ini sebagai bakal isteri dia. Saya bukan hanya seorang pelakon, tetapi seorang usahawan, dia sebagai peneman hidup perlu faham kerjaya saya sangat sibuk. Kalau lebih seronok jika dia ada minat yang sama dengan saya.

“Saya mengharapkan lelaki yang minat pada perniagaan supaya sama-sama boleh memberi motivasi dan bimbing dengan misi yang sama. Kena ada keserasian.

“Selain itu, saya juga minat lelaki yang penyanyang dan kelakar. Dapat lelaki kelakar boleh buat saya gelak dan tidak stres.

Untuk rekod, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Muizz Nasruddin pada 9 November 2019. Namun usia perkahwinan hanya kekal setahun apabila pasangan ini disahkan bercerai pada April 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI