fbpx

Bakal bermenantu, A. Aida sanggup terima hantaran RM1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A. AIDA tidak meletakkan hantaran tinggi buat anak sulungnya, Aleesa yang bakal berkahwin dengan seorang juruterbang Julai nanti.

KUALA LUMPUR – Tidak lama lagi akan menerima menantu berprofesion seorang juruterbang, penerbit popular Datuk A. Aida tidak meletakkan syarat wang hantaran tinggi buat bakal suami anak sulungnya, Wan Az Aleesa itu.

Menganggap perkara tersebut bukan urusannya, A. Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang juga enggan masuk campur langsung soal penetapan jumlah wang hantaran atas sebab tersendiri.

“Soal itu (wang hantaran) saya tak kisah langsung. Saya serah kepada anak saya dengan bakal suaminya.

“Saya tak pernah tanya berapa bakal menantu nak bagi wang hantaran apa semua. Sebab apa? Duit? I have everything (saya ada segala-galanya).

“Duit saya dah ada. Saya cuma nak seseorang yang boleh membahagiakan anak saya. Bakal menantu saya itu nak bagi hantaran berapa pun saya terima. RM1 pun saya terima,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, penerbit drama Halimah Jongang itu mendedahkan kepada media bahawa anak sulungnya, Aleesa bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang juruterbang bernama Zain Azrai Abdul Aziz.

“Bulan lepas anak saya dirisik. Jadi, selepas perbincangan majlis pertunangan akan diadakan pada 20 Mei ini.

“Nikah insya-Allah kalau tiada aral melintang pada 15 Julai depan.

“Pada mulanya, saya pun tak percaya semua ini sebab percintaan Aleesa dan Zain asyik putus bersambung sahaja.

“Zain jumpa saya kata dia serius nak memperisterikan anak sulung saya sebelum dia berlepas belajar empat tahun di Bogor, Indonesia (program perubatan veterinar),” jelas A. Aida.

Aleesa dan Wan Az Evanatassha merupakan anak A. Aida hasil perkahwinan dengan penyanyi popular, Ameng Spring. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI