fbpx

[VIDEO] Penunggang motosikal buat aksi ‘wheelie’ diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial sejak dua hari lalu.

PETALING JAYA – Polis sedang memburu penunggang motosikal yang membonceng seorang wanita dengan melakukan aksi berbahaya (wheelie), dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut.

“Penunggang motosikal diminta hadir ke balai polis berdekatan bagi menjalankan siasatan lanjut memandangkan aksi yang dilakukan adalah secara berbahaya.

“Ini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tambah JSPT, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada JSPT Kontinjen Kelantan atau mana-mana balai polis berdekatan dengan kadar segera.

Baru-baru ini video tersebut tular di media sosial dan mendapat kecaman orang ramai kerana berani mempamerkan aksi berbahaya di atas jalan raya.

Di dalam video tersebut, kedua-dua lelaki dan wanita tersebut memakai sepersalinan baju melayu dan kurung berwarna biru muda.

Mereka juga mempamerkan aksi berbahaya (wheelie) sambil menunggang motosikal dengan tidak memakai topi keledar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI