fbpx

Lelaki hina Sultan Johor guna akaun ‘Indera Mulia’ diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang disyaki membuat hantaran berbaur hinaan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan di sebuah kediaman di Puchong, hari ini.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas satu telefon bimbit berjenama Samsung dan sekeping kad sim RedOne disyaki barang jenayah.

“Suspek dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor menerusi akaun Facebook ‘Indera Mulia’ pada 20 April lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noorsiah, kes disiasat oleh Unit Jenayah Siasatan Terkelas (USJT) Bahagian D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

Ujarnya, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat pada 25 April 2023 (Selasa) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Polis menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci kepada agama, bangsa, kaum, raja seumpamanya yang boleh membawa kepada ketidakharmonian dan perpaduan negara,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI