JAKARTA – Dua lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam membawa seekor kambing menaiki motosikal, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan seorang lelaki sedang menunggang motosikal, manakala rakannya memegang kambing tersebut di belakang.
Pengguna jalan raya lain ketawa apabila kambing itu tiba-tiba mengembek dengan kuat dan cuba melarikan diri.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kambing itu sebut ‘tolong’,” kata seorang netizen.
“Busuk sangat ketiak dia (lelaki berkenaan) sampai menjerit kambing itu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














