fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah diramalkan hampir seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, bagaimanapun terdapat beberapa kawasan yang dijangka mengalami hujan iaitu di kawasan pantai Perlis dan Kedah serta satu dua tempat di Pulau Pinang dan Perak.

“Selain itu di Sabah, hujan dijangka di satu dua tempat di Tawau dan Sandakan. Dalam masa sama, tiada hujan di Pedalaman, Pantai Barat, Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Sarawak pula, tiada hujan di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” kata kenyataan itu hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI