fbpx

Kes curi telefon NFA, barang curi sudah dipulangkan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV sebelum seorang lelaki melarikan telefon bimbit jenis IPhone 13 Pro Max bewarna perak di Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Kes kecurian telefon bimbit yang tular baru-baru ini di Wangsa Walk, Wangsa Maju, di sini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut ekoran suspek memulangkan semula barang kes tersebut kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, satu laporan polis telah diterima oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, IPD Wangsa Maju, kelmarin.

Katanya, mangsa yang sedang bekerja di kedai telefon bimbit berkenaan didatangi seorang lelaki tempatan berpakaian serba hitam.

“Suspek datang untuk melihat dan membeli telefon bimbit jenis IPhone 13 Pro Max bewarna silver. Dia akhirnya bersetuju untuk membeli telefon bimbit tersebut dan mangsa meminta supaya suspek menulis butiran diatas resit pembayaran.

“Secara tiba-tiba suspek bertindak mengambil telefon bimbit tersebut yang berada di atas meja lalu melarikan diri tanpa membuat sebarang pembayaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun menurut Ashari, mangsa telah menarik semula aduan yang dilaporkan bersabit laporan polis Wangsa Maju.

Ashari memberitahu, telefon bimbit tersebut telah dikembalikan oleh orang awam dan mangsa telah menyelesaikan kes ini secara baik bersama suspek tersebut.

“Kes telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut atau No Further Action (NFA),” ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah video dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715, yang memaparkan satu kejadian kecurian sebuah telefon bimbit yang berlaku di sebuah kedai menjual telefon bimbit, Wangsa Walk, Wangsa Maju, di sini.

Video berdurasi 39 saat yang dirakam melalui televisyen litar tertutup (CCTV) merakamkan dengan jelas perbuatan jahat suspek itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI