fbpx

Gerhana matahari tidak kelihatan di JB, cuaca mendung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD ADLAN (kanan) cuba melihat gerhana matahari sambil diperhatikan oleh Nazam Anuar di Dataran Mahkota Bukit Serene, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Peminat astronomi di negeri ini kecewa apabila tidak dapat melihat sendiri fenomena gerhana matahari separa susulan cuaca mendung dan berawan selepas mereka menunggu selama hampir dua jam di Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene, di sini.

Pengasas Kelab Astronomi Johor, Mohd. Nazam Anuar, 46, berkata, imej gerhana matahari separa itu bagaimanapun berjaya dirakamkan ahlinya yang berada di Kuala Terengganu, Terengganu.

“Alhamdulillah, menerusi usaha ahli di Kuala Terengganu, kita berjaya merakam dan membuat penstriman langsung menerusi Facebook Johor Astronomy Club. Kita dapat menangkap imej gerhana matahari hibrid bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

“Ahli kelab ini berada di seluruh negara, bahkan juga di negara Asia dan Eropah lain. Jadi, walaupun kita tidak nampak di sini namun ada beberapa kumpulan yang memantau dan merakam fenomena ini di lokasi lain.

“Untuk mencerap gerhana matahari hari ini, kira-kira 50 kumpulan bersedia dengan peralatan masing-masing di beberapa lokasi di Johor, Terengganu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Mohd. Nazam turut memberitahu, sepanjang bulan Ramadan ini, kelab itu telah berjaya merakam imej anak bulan Ramadan pada 22 Mac lepas, imej Galaksi Bimaksakti pada 24 Mac dan konjungsi bulan sabit serta planet Zuhal pada 16 April. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI