fbpx

JPJ Selangor pantau 23 lokasi kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarunzaman ketika sinbolik pelancaran OPS HRA di Terminal 17 Shah Alam, Shah Alam, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mempertingkatkan kawalan dan menjalankan pemantauan di 23 lokasi kerap berlakunya kemalangan di negeri ini sepanjang Aidilfitri kali ini.

Timbalan Pengarah JPJ Selangor, Kamarunzaman Ahmad berkata, antara lokasi tersebut ialah Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dan Kilometer (KM) 9 hingga KM 16 Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). 

“Kita dapat maklumat mengenai kawasan kerap berlakunya kemalangan ini berdasarkan data daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selain pemantauan, kita juga akan buat penguatkuasaan iaitu mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka melakukan kesalahan di bawah bidang undang-undang JPJ,” katanya selepas melancarkan OPS Hari Raya Aidilfitri 2023 (OPS HRA) di Terminal 17 Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau menambah, seramai 325 anggota penguatkuasa JPJ negeri akan ditugaskan dalam OPS HRA termasuk di terminal bas yang bermula semalam sehingga 27 April

Jelasnya, pihaknya turut mengalu-alukan orang ramai untuk mengambil gambar dan merakam video sekiranya terdapat pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan.

“Mereka boleh menghantar gambar dan video tersebut di talian hotline 03-55669442 atau mengemailkannya di emel [email protected],” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI