fbpx

Jho Low beri wang AS$20 juta kepada Pras Michel untuk bergambar dengan Obama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Michel (kanan) didakwa menerima wang daripada Jho Low (kiri) untuk mengatur gambarnya bersama Obama. - New York Post

WASHINGTON – Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Pras Michel memaklumkan pihak juri bahawa wang yang diterima daripada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low untuk membantunya bergambar dengan bekas presiden, Barack Obama adalah ‘wang bebas’, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Ahli kumpulan Fugees itu mengeluarkan kenyataan tersebut ketika membela dirinya di mahkamah.

Michel didakwa secara haram menggunakan dana selama beberapa tahun daripada Jho Low untuk mengembangkan pengaruh ahli perniagaan dari Malaysia itu ke AS. Ia termasuk dakwaan cubaan untuk menghalang Jabatan Kehakiman AS daripada menyiasat Jho Low.

“Saya melihatnya sebagai ‘wang bebas’,” kata Michel. Menurut laporan, dia didakwa dibayar sebanyak AS$20 juta (RM88.6 juta) oleh Jho Low untuk bergambar dengan Obama.

Michel telah didakwa atas tuduhan bersubahat, mengganggu saksi dan gagal mendaftar untuk bertindak bagi pihak ejen asing, namun dia mengaku tidak bersalah.

Tambah Michel, selepas menerima wang itu, dia menggunakan sebahagian daripadanya untuk membawa beberapa rakannya bagi menghadiri majlis makan malam kempen untuk Obama di mana setiap satu kerusi berharga $40,000 (RM177,240).

“Saya memberikan wang saya kepada mereka untuk membuat sumbangan dana,” katanya sambil mengakui tidak menyedari ia merupakan satu kesalahan.

Dia turut menolak pertanyaan pendakwa raya yang mengatakan wang itu digunakan untuk membuat sumbangan politik. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI