fbpx
JURUTERBANG berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan kerusi anjal untuk keluar daripada jet tersebut. - Facebook

[VIDEO] 2 jet perang AS bertembung, meletup di udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOISE, IDAHO – Sebuah pertunjukan udara bertukar  tragedi apabila dua jet Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) bertembung di ruang udara, lapor laman berita Daily Mail semalam.

Nahas pada pameran Gunfighter Skies bertempat di Pangkalan Angkatan Udara Mountain Home, negeri Idaho  itu melibatkan  jet pejuang  Boeing EA-18G Growler.

Dua pesawat itu hilang kawalan dan berpusing-pusing sebelum terhempas  selepas berlanggar.

Empat juruterbang dan pembantu juruterbang bagaimanapun selamat selepas sempat  mengaktifkan kerusi anjal. 

Jurucakap tentera laut, Antwain Hanks mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kawasan tersebut ditutup sejurus nahas berlaku pada pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan).

Seorang saksi yang merakam insiden mengerikan itu berkongsi detik cemas kepada saluran berita NBC News.

“Saya mendengar penonton  di sebelah saya berkata ‘ada pesawat terhempas,’ saya berpaling dan melihat empat payung terjun sedang turun, kemudian asap hitam kelihatan,” katanya. 

Suasana di lokasi kejadian bagaimanapun terkawal, manakala pihak berkuasa masih menyiasat untuk mengenal pasti punca kejadian. –  AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN