fbpx

Gerhana separa esok, masjid dan surau disaran adakan solat sunat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan melaksanakan solat sunat dan khutbah gerhana esok.

Jawi menerusi kenyataan akhbar berkata, fenomena itu akan berlaku mulai 11 pagi hingga 1 tengah hari esok dan solat sunat boleh dilakukan pada waktu berkenaan.

Menurutnya, teks khutbah itu boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi Jawi.

“Sesungguhnya fenomena gerhana adalah sebahagian daripada lambang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dalam penciptaan alam yang perlu dihayati dan dijadikan iktibar dalam kehidupan umat Islam,” katanya.

Malaysia akan mengalami gerhana matahari separa pada Khamis bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena itu bermula jam 11 pagi hingga selewat-lewatnya jam 2 petang bagi pemerhati di Sabah, manakala ia akan tamat lebih awal iaitu sekitar 1 tengah hari bagi pemerhati di Semenanjung.

Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI