fbpx

Aliran trafik LPT2 meningkat 4 kali ganda musim Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Aliran trafik Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang menghubungkan Jabor, Kemaman hingga Gemuroh, Kuala Nerus dijangka bakal mengalami peningkatan sekurang-kurangnya empat kali ganda pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa, berkata, LPT2 akan dilalui oleh kira-kira 75,000 pengguna sehari sepanjang tempoh tersebut terutama pada Jumaat hingga Ahad ini.

“Ia peningkatan empat kali ganda berbanding purata 15,000 pengguna melalui lebuh raya ini pada hari biasa dan peningkatan ini turut didorong penutupan dan lencongan laluan utama di Gua Musang-Kuala Lipis sekali gus menjadikan LPT2 sebagai alternatif,” katanya ketika ditemui di Iftar Ihya Ramadan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini malam tadi.

Rohaimi berkata, kenaikan trafik di LPT2 itu juga boleh menyebabkan kesesakan di jalan-jalan persekutuan negeri ini khususnya Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu kerana menjadi tumpuan perantau untuk pulang ke kampung halaman mereka di Kelantan.

“Sehubungan itu, kita akan menempatkan hampir 300 anggota polis trafik bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan lokasi tumpuan bagi penyuraian trafik berkenaan ialah semua persimpangan lampu isyarat yang terdapat di daerah Setiu dan Besut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI