fbpx

25 banduan dibebas secara berlesen pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nasir (empat dari kiri) menyerahkan surat perintah PBSL kepada seorang banduan yang hadir bersama keluarganya di Pusat Koreksional Machang hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI/ KOSMO!

MACHANG – Seramai 25 banduan yang menjalani hukuman kurang setahun di Pusat Koreksional Machang di sini gembira selepas dibebaskan menerusi Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani ‘Kepulangan Yang Dinanti’ hari ini.

Pengarah Pusat Koreksional Machang, Penolong Kanan Komisioner Penjara Machang, Mohd. Nasir Yusof, berkata kesemua banduan yang berusia antara 20 hingga 60 tahun itu dibebaskan bagi membolehkan mereka menjalani hukuman dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, kesemua banduan yang menjalani PBSL terdiri daripada pesalah kes penyalahgunaan dadah dan mereka berpeluang memperoleh pekerjaan menerusi pemantauan dilakukan oleh pihak penjara sehingga tempoh sebenar berakhir.

“Seramai lima banduan dibebaskan diserahkan kepada keluarga masing-masing. Baki 20 orang lagi diserahkan kepada majikan bagi membolehkan mereka bekerja.

“Kita memberi peluang pekerjaan kepada Orang Bekas Banduan (OBB) yang melalui program PBSL,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis PBSL Insan Madani ‘Kepulangan Yang Dinanti’ Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023 Peringkat Pusat Koreksional Machang di sini hari ini.

Mohd. Nasir memberitahu, setiap banduan yang layak dibebaskan secara berlesen itu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penjara dengan menghabiskan baki hukuman antara sebulan hingga tiga bulan.

Katanya, Jabatan Penjara menaruh harapan agar banduan yang dibebaskan itu menunjukkan semangat yang tinggi dan komited dengan kerja yang diberikan oleh majikan masing-masing.

“Sepanjang banduan bekerja, mereka akan dipantau oleh Pegawai Penjara Daerah (PPD) dan tingkah laku mereka akan dinilai dan akan mempengaruhi keputusan PBSL. Kita telah melalui dimensi baharu dalam dunia pengurusan pesalah dan tidak hanya memberi fokus kepada pelaksanaan hukuman semata-mata.

“Oleh itu, kita telah melebarkan fungsi penyelarasan dengan keperluan masyarakat kini yang lebih memerlukan khidmat sebagai pegawai pemulihan dan bukannya pegawai pelaksana hukuman semata-mata,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI