fbpx

Sindiket tumpas, dadah bernilai RM4.5 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahaya menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas dalam operasi khas yang dilakukan di Cheras dan Ampang baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah selepas polis merampas bahan terlarang itu yang bernilai RM4.5 juta dalam serbuan di Cheras dan Ampang, Selangor pada 14 dan 15 April lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, serbuan pertama dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Cheras kira-kira pukul 11 pagi hingga 4 pagi.

Hasil serbuan itu, polis menahan suspek berusia 29 tahun dan merampas syabu seberat 114 kilogram (kg) bernilai RM3.9 juta di dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire.

“Pihak polis kemudian menyerbu sebuah kondominium di Ampang pada pukul 12.15 tengah malam dan merampas pelbagai jenis dadah lain antaranya 1.8 kg ekstasi, 3.1kg syabu, 1.3kg erimin 5 dan 3kg ketamin,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau percaya suspek memperoleh bekalan dadah berkenaan dari utara Semenanjung dan siasatan lanjut bagi mengesan ahli-ahli sindiket lain masih diteruskan.

“Modus operandi sindiket adalah dengan menjadikan rumah berpagar dan berpengawal serta kereta mewah sebagai stor simpanan dadah sebelum diedarkan bagi pasaran tempatan.

“Kita percaya dadah berkenaan diedarkan di sekitar Lembah Klang serta di negeri yang berhampiran. Dadah ini juga mampu menampung bekalan 750,000 penagih,” ujarnya.

Jelasnya, semakan jenayah lampau terhadap suspek mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampu serta saringan ujian air kencing juga didapati negatif.

Katanya, suspek direman selama tujuh hari sehingga 22 April ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Yahaya menyeru agar masyarakat terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang kepada pihak berkuasa supaya aktiviti jenayah dapat dikekang bagi memastikan Kuala Lumpur terus menjadi kota raya yang selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI