fbpx
Mokhtar (kiri) membuka semula kotak simpanan rangka Guar Kepah sambil disaksikan oleh kumpulan pakar arkeologi dari Belanda.

Misi bawa pulang ‘Penang Woman’, dari Belanda kembali ke Guar Kepah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

UMUM mengetahui zaman prasejarah dunia terbahagi kepada empat iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik diikuti Zaman Logam.

Pada 1991, negara merekodkan sejarah apabila menemui rangka manusia Paleolitik tertua di dunia yang dikenali sebagai ‘Perak Man’ di Lenggong, Perak.

Penemuan demi penemuan menarik oleh ahli arkeologi negara seterusnya membawa kepada satu lagi penemuan besar berkait Zaman Neolitik di Malaysia.

Di Malaysia, menariknya penemuan penempatan dan rangka manusia Neolitik dipercayai telah berlaku sejak tahun 1800-an lagi sebelum rangka itu dibawa ke Belanda.

Ketua Arkeologi Negeri Pulau Pinang, Prof. Datuk Dr. Mokhtar Saidin berjaya menjejaki rangka Neolitik berusia 5,000 hingga 6,000 tahun yang berasal dari Guar Kepah tersimpan di Belanda.

Guar Kepah yang terletak di sempadan Pulau Pinang dan Kedah dikatakan sebagai tapak arkeologi pertama dalam negara yang dieskavasi.

 

Baca artikel penuh di www.kosmo.com.my

 

 

UMUM mengetahui bahawa zaman prasejarah di dunia terbahagi kepada empat iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik diikuti Zaman Logam.

Keempat-empat zaman ini mempunyai ciri tersendiri dan Paleolitik atau Zaman Batu Lama merujuk kepada zaman yang paling dahulu.

Pada tahun 1991, negara merekodkan sejarah apabila menemui rangka manusia tertua di dunia yang dikenali sebagai ‘Perak Man’ di Gua Gunung Runtuh yang terletak di Bukit Kepala Gajah, Lenggong, Perak.

Penemuan rangka berusia antara 10,000 hingga 11,000 tahun itu adalah hasil penyelidikan Malaysian Archaeological Research Centre, Universiti Sains Malaysia (USM) dan merupakan antara penemuan terpenting negara sekali gus membuktikan kewujudan manusia zaman Paleolitik di negara ini.

Selepas penemuan Perak Man, rangka ‘Perak Woman’ dipercayai berusia 8,000 tahun pula pula ditemui pada tahun 2004 di Gua Teluk Kelawar, Lenggong.

Penemuan demi penemuan menarik oleh ahli arkeologi negara seterusnya membawa kepada satu lagi penemuan besar berkait Zaman Neolitik di Malaysia.

Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi penghasilan daripada batu kepada tembikar dan zaman ini juga merupakan permulaan kepada aktiviti bercucuk tanam serta memelihara haiwan ternakan.

Zaman Neolitik di Malaysia bermula sekitar 7,000 tahun dahulu yang mana masyarakatnya ketika itu bukan saja menggunakan batu tetapi juga sudah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar.

Di Malaysia, menariknya penemuan penempatan dan rangka manusia Neolitik dipercayai telah berlaku sejak tahun 1800-an lagi sebelum rangka itu dibawa ke Belanda.

Ketua Arkeologi Negeri Pulau Pinang, Prof. Datuk Dr. Mokhtar Saidin berjaya menjejaki rangka Neolitik berusia 5,000 hingga 6,000 tahun yang berasal dari Guar Kepah tersimpan di Belanda.

Guar Kepah yang terletak di sempadan Pulau Pinang dan Kedah dikatakan sebagai tapak arkeologi pertama dalam negara yang dieskavasi.

Mokhtar (kiri) bersama bersama seorang pegawai penyelidik, Shaiful Idzwan Shahidan meneliti sebahagian rangka manusia yang ditemui di Guar Kepah dalam lawatan kerja di Belanda bulan lalu.

Tapak prasejarah ini pertama kali ditemui oleh George Windsor Earl pada tahun 1851 ketika mencari bahan kapur dan menemui rangka Neolitik dalam timbunan cengkerang atau ‘bukit kerang’. Dari semasa ke semasa, sebanyak 41 rangka telah ditemui dan dibawa ke National Natuurhistorisch Museum di Leiden, Belanda.

Mokhtar dalam satu acara bicara media arkeologi di Kuala Lumpur anjuran Ancient Kedah Heritage Resources baru-baru ini menjelaskan kronologi penemuan tersebut dan signifikannya kepada negara.

“Antara tahun 1851 hingga 1934, kumpulan ahli arkeologi dari Britain telah gali 41 rangka di Guar Kepah sebelum kesemua rangka dihantar ke Eropah untuk kajian. Namun, eskavasi atau cari gali sebenar hanya berlaku pada 1934 oleh Michael Wilmer Forbes Tweedie yang juga merupakan kurator Raffles Museum di Singapura. Dijangkakan dari tahun 1936 hingga 1960, kesemua rangka tersebut telah dibawa ke Belanda,” jelas Mokhtar yang menjejaki rangka tersebut bertitik tolak daripada kajian yang dimulakan pada 2008 berikutan penerbitan buku Sejarah Awal Pulau Pinang oleh Muhammad Haji Salleh.

Terang Mokhtar, pasukan penyelidik mengkelaskan manusia Guar Kepah sebagai Melanesoid yang bermaksud mempunyai kulit gelap, rambut hitam dan keriting selain memiliki bentuk hidung yang lebar dan penyek.

Pemilik rangka itu yang dinamakan ‘Penang Woman’ dianggarkan sebagai seorang wanita yang mati ketika berusia antara 30 hingga 35 tahun.

Seterusnya, pada Julai tahun lalu, wajah ‘Penang Woman’ akhirnya diketahui berdasarkan lakaran menerusi kaedah Forensic Facial Approximation (FFA) daripada tengkoraknya.

Ia dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari USM dan pakar reka bentuk 3D dari Brazil, Cicero Moraes, individu yang sering menjadi rujukan dalam bidang pembinaan semula wajah forensik di negaranya.

Lakaran wajah ‘Penang Woman’ seperti yang didedahkan sebelum ini.

Ujar Mokhtar, misi membawa pulang rangka itu adalah penting kerana ia merupakan satu-satunya bukti kewujudan tapak dan manusia Neolitik di negara ini yang ditemui di kawasan perkuburan bukit kerang di Guar Kepah.

“Ia akan dibawa balik sejurus galeri tapak arkeologi Guar Kepah yang kini sedang dalam pembinaan siap sepenuhnya. Terbaharu pada 25 Mac lalu, pasukan kami sudah pergi ke Belanda untuk lihat semua rangka itu.

“Semua rangka itu kini berada dalam simpanan dan dijaga baik di Collection Center Belanda sejak ia dibawa ke sana antara 1936 hingga 1960. Buat masa ini, kita simpan dahulu ia di sana kerana di sana lebih sesuai sementara galeri tapak arkeologi Guar Kepah siap,” katanya.

Kongsinya lagi, Guar Kepah cukup penting memandangkan ia menjadi satu-satunya bukti tapak Neolitik jenis bukit kerang yang turut menjadi simbol kepelbagaian budaya dan adaptasi prasejarah negara.

Rangka tersebut juga warisan yang tidak ternilai dan sangat signifikan bagi tapak Guar Kepah.

Justeru, usaha membawa pulang rangka tersebut ke Malaysia sedang dijalankan dan kesemua khazanah itu yang diletakkan dalam empat buah kotak dalam simpanan Belanda dijangka dipulangkan ke Malaysia Januari tahun depan.

“Pada awal 2021, kerajaan Belanda memaklumkan bahawa pihaknya mahu memulangkan semula semua artifak yang disimpan di Belanda ke semua negara-negara yang terbabit.

“Justeru, sebaik saja mendapat maklumat ini, maka saya bawa perkara ini ke mesyuarat Jawatankuasa Panel Pembangunan Guar Kepah untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan dana berjumlah RM10 juta bagi pembinaan Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Jelasnya, dia bersyukur semua proses tersebut dipermudahkan bagi pihaknya dalam proses pemuliharaan khazanah tersebut yang begitu tinggi nilainya kepada negara.

Tambah Mokhtar, dalam lawatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke Collection Centre Netherland, Amersfoort bagi meneliti keadaan rangka-rangka tersebut, pihaknya telah membuka keempat-empat kotak tersebut dan memikirkan tentang analisis masa hadapan bagi kesemua rangka itu.

“Analisis saintifik pertama yang akan dilakukan pada rangka-rangka ini adalah mendapatkan maklumat pentarikhan padanya bagi mendapatkan range kehidupan yang berlangsung pada zaman tersebut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN