fbpx

Lelaki warga emas hilang ketika daki gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOU FOO dilaporkan hilang ketika mendaki berdekatan Taman Gemilang, Kulai, semalam.

KULAI – Seorang warga emas lelaki dilaporkan hilang di kawasan mendaki gunung berdekatan Taman Gemilang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada pihak Bomba Daerah Kulai pada pukul 3.30 petang semalam memaklumkan bahawa lelaki tempatan itu hilang di kawasan kejadian.

Beliau berkata, identiti warga emas itu sudah dikenal pasti iaitu Liew Yoo Foo yang berusia 63 tahun.

“Sejurus makluman diterima, pihak Polis Daerah Kulai bersama-sama pasukan Bomba Dan Penyelamat Daerah Kulai telah menjalankan operasi mencari mangsa di kawasan mendaki gunung berhampiran di Jalan Suasa yang dipercayai lokasi terakhir mangsa.

“Pada pukul 4.18 petang, operasi mencari yang dijalankan menjumpai basikal yang digunakan oleh mangsa serta topi basikal di puncak Bukit Gemilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beng Yeow berkata, pusat kawalan tempat kejadian (PKTK) telah dibuka di tempat kejadian. Sehingga kini mangsa masih belum ditemui.

“Pihak polis, pasukan bomba serta pasukan mendaki gunung awam masih berusaha mencari mangsa yang hilang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI