fbpx

Wisma Putra buka Bilik Operasi 24 jam pantau krisis di Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norman Muhamad mempengerusikan mesyuarat bersama pelbagai agensi bagi membincangan situasi di Sudan di Wisma Putra semalam. - FOTO IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA- Kementerian Luar bertindak melancarkan Bilik Operasi yang akan dibuka secara 24 jam bagi memantau keadaan semasa insiden ketegangan di Sudan ketika ini.

Perkara berkenaan disahkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menerusi kenyataan di sini hari ini sebagai merujuk perkembangan di negara bergolak itu.

“Selain itu, komunikasi secara berkumpulan melalui aplikasi sembang Whatsapp turut dilaksanakan pihak Wisma Putra dengan seramai 29 warga Malaysia di sana.

“Daripada 29 orang itu, 11 orang merupakan pelajar pelbagai institusi pengajian tinggi, manakala tiga orang merupakan petugas di kedutaan dengan tanggungan lapan ahli keluarga selain seorang rakyat Malaysia ialah staf Petronas sendiri,” katanya.

Katanya, selebihnya melibatkan empat orang yang berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu, seorang sukarelawan World Vision dan seorang lagi bekerja di sebuah hotel.

“Mesyuarat semalam yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala kementerian itu, Datuk Norman Muhamad turut menilai senario terkini di Sudan.

“Mereka juga membincangkan dengan rapi mengenai pelbagai cadangan yang sesuai bagi memastikan keselamatan dan kebajikan warga Malaysia di Sudan terjamin ketika konflik,” jelasnya.

Justeru, Zambry menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di sana supaya berwaspada malahan tidak mengambil risiko untuk keluar dari rumah mereka buat sementara waktu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI