fbpx

Peluang lebih ramai pelajar Libya menuntut di UMP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSERRIE (empat dari kanan) sewaktu majlis memeterai MoU dengan pihak Kedutaan Libya dan PLC di ibu negara baru-baru ini.

DALAM usaha menyokong bidang akademik, penyelidikan dan pengantarabangsaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Pejabat Hal Ehwal Akademik, Kedutaan Libya dan Premium Language Center (PLC).

Majlis menyaksikan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin menandatangani MoU bersama Academic Attache Academic Office Embassy of Libya-Malaysia diwakili Dr. Aiman Elmahmodi dan Presiden PLC, Norhawaty Mansor dalam satu majlis yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.

Menurut Yuserrie, UMP menawarkan sumber dan fasiliti yang menyokong persekitaran pembelajaran, pengajaran, penyelidikan serta kepakaran dalam pelbagai bidang.

“Sehingga kini UMP mempunyai seramai 511 pelajar antarabangsa termasuk 201 pelajar prasiswazah dan 310 pelajar pascasiswazah daripada 33 negara termasuklah 18 daripadanya dari Libya.

“Kolaborasi ini juga bakal memberi peluang kepada lebih ramai pelajar dari Libya untuk mengikuti pengajian di UMP,” katanya.

Turut hadir ialah Duta Besar Libya ke Malaysia, TYT Mohamed A.M. Attia, Dekan Institut Pengajian Siswazah, Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim dan Pengarah International Student Management Services Education Malaysia Global Services (EMGS), Ramlan Abd. Aziz.

Tambah Yuserrie, UMP juga komited untuk melahirkan graduan yang cekap dan bersedia untuk bersaing di peringkat global, khususnya dalam bidang kejuruteraan serta teknologi.

“Selain itu, insentif kewangan dan biasiswa yang ditawarkan oleh Kerajaan Libya membolehkan lebih ramai pelajar mengikuti pengajian di UMP. Para pelajar ini bakal menyumbang kepada pembangunan Libya pada masa depan.

“Kerjasama antara Malaysia dan Libya ini bakal meneroka lebih banyak peluang berkaitan bidang pendidikan tinggi.

“Ia termasuk kolaborasi berkenaan kajian dan penyelidikan, pertukaran kepakaran antara pelajar, program mobiliti serta lain-lain lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, kerjasama UMP dengan PLC pula bagi mewujudkan kampus satelit pada masa akan datang bagi menarik lebih ramai pelajar antarabangsa menyambung pengajian di universiti tersebut.

Menurutnya, kolaborasi dengan PLC membolehkan pelajar antarabangsa dan tempatan mengikuti latihan bahasa Inggeris termasuk bagi persediaan Malaysian University English Test (MUET) dan International English Language Testing System (IETLS) di PLC.

Ujarnya, pihaknya juga sedang giat menyediakan fasiliti dan ruang bagi membolehkan kampus satelit UMP beroperasi menjelang Oktober ini.

“Dengan adanya kemudahan ini, ia membolehkan pelajar mengikuti pengajian tanpa ke perlu UMP. Para pensyarah akan mengadakan sesi pembelajaran secara maya,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI