fbpx

Tengku Hassanal bersama lebih 2,000 peserta sertai UMPSA Pekan Bridge Run 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU Hassanal bersama lebih 2,000 peserta menyertai Larian Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) Pekan Bridge Run 2023 di Pekan hari ini.

PEKAN – Larian Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) Pekan Bridge Run 2023 mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 2,000 peserta.

Larian menyeberangi jambatan Pekan itu disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut menyertai larian.

Larian itu mendapat kolaborasi pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk pihak UMW Holding Berhad, UMP Advanced, UMP Holdings, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi), Extrajoss dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Mohamad Nizar Najib yang telah memberi tajaan dan sumbangan.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, larian UMPSA Pekan Bridge yang merupakan acara tahunan UMP pada kali ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Katanya, ia bukan sahaja mendapat penyertaan daripada warga UMP malahan lapisan masyarakat pelbagai kaum.

“Syukur impian kita untuk mengadakan program UMP Bridge Run telah pun berlaku dan Bridge Run ini kita akan buat tiap-tiap tahun.

“Ia merupakan agenda tahunan di peringkat universiti, peringkat Pekan dan Pahang dan kita akan senaraikan sebagai kalendar pelancongan,” katanya di sini hari ini.

TENGKU Hassanal menyertai Larian Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) Pekan Bridge Run 2023 di Pekan hari ini.

Sementara itu, Naib Canselor UMPSA, Prof. Datuk Ts Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, program larian itu akan memperkenalkan bandar Pekan yang terkenal dengan jolokan Bandar Diraja.

“Sebanyak dua kategori yang dipertandingkan iaitu lima kilometer dan 10 kilometer manakala, laluan akan bermula dari Hotel Ancasa kemudian melalui Jambatan Sultan Abu Bakar ke bandar Pekan.

“Sudah pasti laluannya lebih menarik yang memberi peluang peserta akan berlari sambil menikmati keindahan dan keharmonian bandar Diraja serta melalui pelusuk kampung yang ada di sepanjang laluan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI