fbpx

Kebajikan ‘si bulus’ perlu terpelihara – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri semasa mengadakan lawatan di program Giving Back To Cat-Munity’ di Absolute Bazaar X Festival Gaya Raya, Mitec, Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Sebagai seorang peminat dan pencinta kucing, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu kebajikan ‘si bulus’ terpelihara tidak kira sama ada ia dipelihara atau pun haiwan jalanan.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa pernah membentangkan Akta Kebajikan Haiwan di Parlimen semasa menjawat jawatan sebagai Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Katanya, tindakan itu dibuat bagi menjaga kepentingan haiwan itu seperti menaikkan kadar hukuman atas penderaan haiwan dan sebagainya.

“Sebagai peminat kucing, sudah tentu menjadi harapan dan impian saya untuk memastikan kebajikan ‘si bulus’ tidak kira kucing peliharaan atau pun di jalanan.

“Kucing juga haiwan kesayangan Rasullullah S.A.W, jagalah kucing dengan sebaik-baiknya hatta dengan penuh rasa kasih sayang dan amanah,” tulisnya di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan beliau telah menyampaikan sumbangan kepada lima peserta ‘Unsung Heroes’ yang terlibat dalam menjaga dan memelihara kucing yang terbiar dalam sebuah program ‘Giving Back To Cat-Munity’ di Absolute Bazaar X Festival Gaya Raya, Mitec, Kuala Lumpur semalam.

Kata beliau, program terbabit adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang perlunya kita menjaga kucing terbiar dan tidak sesekali terlibat dalam pembuangan kucing, menyiksa kucing dan sebagainya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI