fbpx

Gergasi Merah bikin Tok Gajah terduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUKHAIRI AJMAL meraikan jaringannya ketika membantu Selangor FC menewaskan Sri Pahang 4-0 pada saingan Piala FA di Stadium MBPJ kelmarin.

PENGENDALI Selangor, Tan Cheng Hoe mengakui agak terkejut selepas menyaksikan persembahan Gergasi Merah yang membenam Tok Gajah 4-0 pada saingan Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) kelmarin.

Bekas pengendali Harimau Malaya itu tidak pernah menjangkakan Gergasi Merah mampu menang besar memandangkan Tok Gajah sedang berada pada tahap terbaik, masih kekal tanpa kalah dalam lapan aksi awal Liga Super.

“Sebelum perlawanan lagi kita sudah tahu Sri Pahang turun dengan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super. Dari segi corak permainan dan kualiti individu juga mereka agak baik.

“Namun kita tahu tentang permainan dan dapat atasi kelemahan mereka. Tetapi memang kita tidak jangka dengan keputusan seperti ini.

“Saya tahu pemain mahukan kemenangan dan paling penting sekarang adalah kami layak ke suku akhir,” katanya.

Pada aksi ini, Mukhairi Ajmal Mahadi cipta tumpuan apabila meledak dua gol diikuti satu gol daripada Faisal Halim dan Brendan Gan.

Di peringkat suku akhir nanti, Red Giants dijadualkan menentang Negeri Sembilan dan jika menang, tugasan getir menanti kerana akan bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) atau pun Penang FC.

Cheng Hoe juga menjelaskan, semua pemain jelas tentang tugasan masing-masing dan faktor itu jadi kunci utama kepada prestasi luar biasa kali ini.

“Saya rasa pemain sudah tunjukkan disiplin taktikal, daripada mula kita sudah nampak mereka fokus untuk hadapi perlawanan ini. Sebab itu kita mampu ja­ringkan empat gol dan mereka berhak untuk dapatkan kejayaan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI