fbpx

Yayasan Ikhlas anjur Malam Ambang Pahala 1000 Bulan di Facebook, Youtube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster Malam Pahala 1000 Bulan anjuran Yayasan Ikhlas.

PETALING JAYA – Yayasan Ikhlas akan menganjurkan program Malam Ambang Pahala 1000 Bulan yang akan disiarkan secara langsung di platform Facebook dan Youtube esok.

Dalam satu kenyataan Yayaysan Ikhlas berkata, program itu menyediakan pelbagai program menarik seperti Ziarah Kasih Ramadan, majlis bacaan Yaasin dan tahlil, khatam perdana, dan sembang moreh.

Jelasnya, pelbagai hadiah menarik dan cabutan bertuah buat para penoton yang menonton sehingga akhir program.

“Program ini disiarkan secara langsung yang turut menampilkan pengacara Hazeman Huzir dan Faizal Ismail dalam segmen Sembang Moreh.

“Turut menampilkan Shahir Zawawi (Pembimbing Khatam Al-Quran) dan Cikgu Sofizah (Qariah), serta barisan panel jemputan bersama Nadir Al Nuri (Cinta Gaza Malaysia), The Helmis (Aktivis Mapim), PU Amin, Aina Abdul (Juara AJL 37), Namie (Juara Muzikal Lawak Superstar 3),”kata kenyataan itu.

Tambahnya, sepanjang Ramadan Yayasan Ikhlas juga turut menyiarkan alunan zikir munajat bersama Ammar Mukhlis di Facebook dan Youtube Yayasan Ikhlas.

“Program ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada umat Islam khususnya meningkatkan lagi amal ibadah pada 10 malam terakhir di mana malam yang tidak akan kembali dalam mana-mana bulan.

“Malah ia juga lebih baik dari malam 1000 bulan,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI