fbpx

Fanatiknya peminat Amir Ahnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OBSESI peminat terhadap Amir Ahnaf mengundang reaksi kurang senang daripada netizen.

NAMA Amir Ahnaf mungkin masih lagi asing bagi segelintir individu di luar sana tetapi realitinya dia mempunyai kelompok peminat fanatik sendiri.

Hampir setiap hari ada sahaja video baharu yang disunting oleh peminatnya dalam media sosial.

Paling terbaharu, foto Amir disunting seorang peminat dengan menyertakan 100 sebab mengapa dia meminati pelakon itu.

Lain macam sungguh sikap fanatik peminat terhadap Amir, mungkin memang benar-benar minat.

Namun perkara itu tidak disenangi oleh netizen lain yang menyifatkan individu itu terlalu taksub terhadap seorang pelakon baharu.

Bagi pandangan Diva, mungkin itu cara dia meluahkan rasa minat terhadap artis kesayangan dan hakikatnya perkara sebegini sudah berlaku pun kepada selebriti lain, bezanya tidak viral.

DIVA: Harap hari raya jatuh pada 22 April, tak mahu kelam-kabut dengan ‘raya terkejut’ lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI