fbpx

Adegan ‘softporn’ bawah meja, Amir Ahnaf teruk dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Amir Ahnaf dikecam selepas melakonkan babak yang dianggap lucah dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah.

PETALING JAYA – Selepas dikecam kerana didakwa meniru gaya bintang K-pop. Jungkook, pelakon meningkat naik Amir Ahnaf sekali lagi dikritik kerana babak ghairah yang dilakonkannya dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah.

Menerusi babak tersebut, Amir, 23, yang memegang watak Farid dilihat meminta isterinya, Aileen lakonan Anna Jobling pulang ke rumah kerana mendakwa dirinya sibuk bekerja.

Menerusi babak sama, penonton seterusnya dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita yang berada di bawah meja pejabat Amir.

“Wow awak lelaki pertama yang boleh kekal tenang apabila saya buat ‘kerja’,” kata wanita tersebut.

Amir seterusnya bangun dari kerusinya sebelum membetulkan seluar dengan wajah yang ‘puas’.

Potongan babak tersebut tular selepas dimuat naik oleh netizen dalam TikTok sehingga menerima kecaman hebat.

Rata-rata netizen berpendapat babak tersebut mempunyai unsur lucah atau ‘soft porn’ yang tidak sesuai ditonton golongan remaja dan kanak-kanak.

“Malunya lihat babak sebegini ditayangkan dalam drama Melayu. Ghairah sangat nak kejar rating ke?

“Amir ini alami kejutan budaya ke? Watak sebegini pun sanggup terima dan lakonkan babak tidak senonoh sebegitu,” komen netizen.

Selain Amir dan Anna, drama arahan Eyra Rahman itu turut dibarisi oleh Alya Iman, Dynas Mokhtar dan Fadhli Masoot. – KOSMO! ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI