fbpx

Tune Protect tawar tiga produk insurans untuk B40, M40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selebriti, Izzue Islam bersama maskot Mamak Cyber dan T.P. the Thum pada Program Gerila Mamak Cyber bersama T.P. the Thumb, di Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tune Protect Malaysia (Tune Protect) menawarkan tiga pakej insurans khusus buat golongan B40 dan M40 dalam usaha menarik lebih ramai mendapatkan perlindungan diri dengan harga terbaik.

Tiga pakej insurans berkenaan meliputi gaya hidup, perniagaan kecil dan sederhana serta kesihatan dengan harga serendah RM1 sehari.

Penolong Pengurus Penjenamaan Tune Protect, Wan Hafiz Wan Ahmad berkata, sebelum ini Tune Protect yang memulakan operasi pada 2012 hanya dikenali menawarkan insurans kepada penumpang kapal terbang.

Namun katanya, bermula 2021, Tune Protect terus mengorak langkah mengembangkan perkhidmatan membantu orang ramai mengambil perlindungan insurans peribadi.

“Tune Protect menyasarkan pengguna Melayu khususnya kategori M40 dan B40 untuk tiga pakej yang ditawarkan.

“Setakat ini, antara yang paling popular dalam kalangan pengguna adalah insurans kesihatan kami yang mana ia turut meliputi insuran pergigian,” katanya.

Beliau ditemui pada program Gerila Mamak Cyber bersama Tune Protect di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini hari ini.

Program tersebut anjuran bersama Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia).

Wan Hafiz pada Program Gerila Mamak Cyber bersama T.P. the Thumb, di Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail, hari ini. – Foto SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

Mengulas mengenai program Gerila Mamak Cyber, Wan Hafiz berkata, pihaknya berterima kasih kerana dapat diberi peluang berganding bahu bersama Media Mulia dalam memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya perlindungan insurans.

“Semalam program yang sama dijalankan di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, sambutannya juga cukup meriah di sana, kita dapat berjumpa dengan ramai orang dan memberi pendedahan berhubung insurans yang kami tawarkan.

“Kami harap dengan kempen sebegini ia dapat meningkatkan lagi kesedaran rakyat Malaysia mengambil insurans,” ujarnya.

Pada program berkenaan, beberapa aktiviti menarik turut diadakan seperti permainan roda bertuah dan boleh memenangi pen, buku nota, bag, kasut dan pelbagai lagi hadiah menarik selain pemberian belon secara percuma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI