fbpx

SK Perigi Acheh dalam proses bina semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tengah) beramah mesra bersama anak anak yatim di Hotel Ixora, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan Sekolah Kebangsaan Perigi Acheh, Pasir Gudang di Johor Bahru kini dalam proses pembinaan semula.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, projek berkenaan masih di peringkat awal dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Projek terbabit menerusi Rolling Plan (RP) 2 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan setakat ini, kita akan ‘clear’ kan tapak yang tidak selamat untuk memulakan proses pembinaan baharu termasuk meletakkan kabin.

“Kabin akan dipasang untuk melancarkan proses persekolahan dan pembelajaran anak-anak buat sementara waktu sepanjang proses pembinaan berlaku sehingga selesai.

“Berapa lama masa yang akan diambil untuk siap, kita ada ‘timeline’ untuk itu tetapi apa yang menjadi keutamaan ialah keselamatan murid-murid di situ,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jerayawara Pendidikan Madani yang dirasmikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penutupan sekolah berkenaan gara-gara bangunan kayunya sudah usang dan dikategorikan tidak selamat.

Lebih menyukarkan lagi, seramai 120 murid terpaksa berpindah sementara ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Langsat dan menempuh perjalanan kira-kira 20 kilometer untuk pergi dan balik dari sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI